Saturday 6 October 2012

ARTIKEL 27 HUMAN RIGHTS (ASEAN)



“Everyone has the right freely to participate in the cultural life of the community, to enjoy the arts and to share in scientific advancement and its benefits
Everyone has the right to the protection of the moral and material interest resulting from any scientific, literary or artistic production of which he is the author.”



1.0  Apakah Definisi Operasional bagi Artikel ini.


Artikal ini menjelaskan tentang hak setiap individu dalam masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat mereka. Setiap nidividu mempunyai hak dalam kebudayaan mereka sendiri tanpa mendapat halangan daripada mana-mana pihak mahupun negara sendiri. Hak ini, penting dalam mengekalkan kemandirian sesuatu bentuk yang di istilahkan sebagai kebudayaan, kebudayaan ini penting sebagai lambang dan imej sesuatu kaum, agama, budaya mahupun negara.

2.0  Permasalahan Kajian Berkaitan Isu Kebudayaan.

Isu pertama yang timbul adalah berkaitan pengawalan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Artikal 152 Perlembangaan Malaysia menyatakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, hakikat ini benar dan digunapakai sehingga ke hari ini. Namun permaslahan yang timbul berkaitan isu bahasa in adalah kurangnya pengawalan masuk buku-buku dari negara luar masuk ke Malaysia.  Malaysia seharusnya memperkukuhkan lagi institusi penterjemahan agar buku-buku dan dokumen-dokumen daripada luar dapat diterjemahkan kedalam bahasa melayu agar bahasa melayu itu dapat mengekalkan kemandiriannya sebagai bahasa kebangsaan.

Antara lain isu yang timbul dalam kebudayaan adalah kelemahan dari segi struktur pembangunan negara. Malaysia membangun dengan serba kemodenan sehingga melupakan keaslian senibina masyarakat melayu. Jika diperhatikan pembangunan Malaysia lebih berteraskan kepada pengaruh luar dan tidak mengutamakan kesenian tradisional maysrakat melayu tersendiri. Dalam keadaan ini Malaysia seharusnya lebih mempromosikan keunikan dan keaslian maysrakat melaysia sendiri agar dapat mempertahankan kebudayaan Malaysia yang terkenal dengan berbilang bangsa.

Berkaitan dengan khazanah-khazanah negara, seharusnya ada usaha untuk mengekalkan dan mendapatkan semula khazanah-khazanah negara kita yang disimpan oleh negara-negara luar, isu yang timbul kebanyakkanya dari golongan yang membuat kajian berkaitan kebudayaan ini. sesetengah penkaji terpaksa pergi keluar negara untuk mendapatkan menuskrip-menuskrip asal yang menjadi bahan kajian walaupun pada hakikatnya membuat kajian berkaitan negara sendiri. Keadaan ini seharusnya diambil serius dan perlu mengadakan usaha untuk mengembalikan khazanah negara.

Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat kebudayaan adalah suatu asset yang harus dijaga dan menjadi identity negara bangsa, kebudayaan juga adalah hak asasi manusia yang harus diberi perhatian yang lebih serius. Malaysia negara yang berbilang kaum bangsa dan agama semestinya kaya dengan kebudayaannya tersendiri dan jika kebudayaan ini tidak dijaga maka, lama kelamaan ianya akan lesap diganti dengan pelbagai arus kemodenan.