Saturday 6 October 2012

PEMIKIRAN POLITIK BARAT: SEJARAH, FILSAFAT, IDEOLOGI DAN PENGARUHNYA TERHADAP DUNIA KETIGA.



Buku ini ditulis oleh Dr. Firdaus Syam, beliau merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) Politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak menghasilkan karya-karya ilmiah seperti Pengantar Ideologi dan Prinsip Kemasyarakatan dalam Islam, Manusia Alam Sains Islam, Lingkungan Hidup Berkeadilan, Khalifah dan Pemimpin, Amien Rais dan Yusril Ihza Mahendra Di Pentas Politik Indonesia Modern (Oder Baru). Selain sebagai penulis beliau juga merupkan pensyarah di Universitas Nasional , Universitas Indonesia, Universitas Muhmmadiyah Jakarta dan STIAM. Buku yang setibal 310 halaman ini sepenuhnya dalam bahasa Indonesia, diterbitkan pada tahun 2007. Latar belakang penulis buku ini samar-samar dan tidak dinyatakan dengan jelas, apa yang jelas adalaah apa yang didebatkan dalam buku beliau. Buku ini membawa pembaca untuk melihat pemikiran politik barat dalam perspektif yang berbeza, apa yang dimaksudkan dengan perspektif yang berbeza ini adalah penulisannya yang berupaya merumuskan pemikiran dalam spektrum yang lebih luas dan melihat daripada akar sejarah bagaimana ideologi pemikiran barat berkembang di abad ini.

            Secara ringkasnya, buku ini mengandungi 18 bab yang terdiri daripada rentetan sejarah dan perkembangan politik barat dimana dalam bab 1 penulis membicarakan berkaita Kata Kunci Peradaban Besar, di ikuti dengan Mayarakat Kota Dan Tiga Filsur Besar Yunani, kemudiannya dengan Pemikiran Kekuasaan Dan Negara: Tiga Filsuf Besar Masa Awal Kristiani. Bab 4 pula membicarakan berkaitan Sumbangan Pemikir Muslim Terhadap Pemikiran Barat, di ikuti Reformasi Kristiani Dan Renaisans Abad Xiv-Xiv: Pencerahan Peradaban Barat. Untuk bab yang ke tujuh perbincangan menjurus kepada Kuasa, Penguasa Dan Kuasa Negara yang di ikuti dengan Pembendayaan Demokrasi Liberalsme, Demokrasi Komunis dan Diktator Parti Dan Pemimpin. Bab ke 11 melihat penulis membawa pembaca kepada Demokrasi Sosialis Komunis di Dunia Ke-3 dan Memahami Ideologi Besar Dunia serta Ideologi Liberal-Kapitalis dan Ideologi Sosialis Komunis. Empat bab terakhir pula membincangkan berkaitan Islam Sebagai Ideologi, di ikuti Demokrasi Islam di Dunia Ke-3, Imam Khomeini dan bab yang terakhir membicarakan berkaitan Politik Global Barat.

            Kekuatan buku ini adalah di bab-bab pertengahan membawa kepada penutup, dimana skop perbincangan menjurus kepada ideologi politik dan perkembangannya dalam arus  globalisasi. Konsep-konsep kuasa, ideologi, kepimpinan dan peranan islam di tonjolkan dengan baik melalui perkembangan pemikiran tokoh-tokoh besar seperti Socrates, Plato, Aristoteles, Machiaveli, Thomas Hobbes, John Lock, Montesquieu, Rousseau, Hegel, Karl Mark, Engels, Lenin, Joseph Stalin, Mao Ze Dhong dan Fidel Castro. Buku ini suatu susunan perkembangan dunia politik barat yang baik terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin mengenali ilmu politik diperingkat awal, teknik pengolahan dan gaya bahasa yang serdahana senang untuk difahami.

            Bab-bab dalam buku ini dapat memberikan gambaran kepada pembaca berkaitan perkembangan politik barat daripada awal mula tercetusnya idea politik sehingga kini. Contohnya di awal bab pertama penulis menjelaskan tentang perkembangan peradaban barat dimana dapatan kajian beliau menyatakan bahawa, Perkembangan pandangan falsafah, ilmu pengetahuan, kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat barat kini dalam bentuk peradapan bermula daripada proses dan “pengumulan” dari interaksi peradaban besar yang sebenarnya telah wujud sebelum ini.

             Peradapan tersebut adalah peradaban Yunani-Romawi, Judeo-Kristiani dan Islam, keruntuh tiga peradaban besar ini sebenarnya melahirkan peradaban baru bagi bangsa-bangsa dibarat. Sejarah membuktikan  bahawa bangsa barat mengalami zaman the dark ages (abad kegelapan) yang panjang dan kemudiannya mereka belajar dari kemajuan serta keunggulan peradaban sebelumnya. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Arnold Toynbee, bahawa peradaban barat lahir dari kehancuran peradaban Yunani-Romawi. Penulis juga turut membincangkan perkembangan Islam dan bagaimana barat mempelajari banyak ilmu tamadun islam dan mengaplikasikannya kedalam peradaban mereka.

            Di ikuti perkembangan di peringkat awal dimana penulis membincangkan soal-soal berkaitan masyarakat, kota dan negara tiga filsuf besar yunani, penulisan dan perbincangan dilihat melalui sudut pandangan Socrates, Plato, dan Aristoteles . menurut pandangan Socrates pertanyaan dan dialog itu merupakan sesuatu yang harus berlaku dalam kehidupaan seharian, orang yang berpengetahuan merupakan orang yang berbudi baik dan sebaliknya, oleh itu falsafahnya adalah kebenaran dengan andaian kebenaran akan menwujudkan keadaan yang baik.

            Plato merupakan sarjana yang meneruskan falsafah Socrates setelah kematiannya, dengan mendokong falsafah gurunya Plato membawa ideologi demokratis yang berpihak kepada kepentingan individu yang harus disesuaikan dengan masyarakat. Aristoteles penyambung kepada kesinambungan sejarah gurunya Plato, dimana melalui pemikiran mereka peradaban Yunani Klasik melahirkan peradaban Renaissans. Menurut Aristoteles terdapat tiga bentuk negara iaitu Monarki, Aristokrasi dan Demokrasi, namun bagi beliau damokrasi bukanlah sebuah bentuk negara yang idea sebagaimana yang di pegangan oleh gurunya Plato.

            Pada bab-bab seterusnya skop perbincangan menjurus pula kepada sumbangan pemikir islam terhadap pemikiran barat dimana penulis cuba mengenegahkan tokoh-tokoh seperti Al-Farabi dan Ibu Khaldun. Kemudiannyanya penulis mereruskan bab-bab seterusnya dengan reformasi kristiani dan renaisans yang di alami di zaman pencerahan, perbincangan berfokuskan kepada sumbangan reformasai tersebut kepada kebangkitan pemikiran barat dan cuba memahami perjalanan renaisans serta peranan-peranan tokoh barat. Apabila skop perbincanga beralih kepada ideologi politik penulis memulakan perkembangan perbincangan dengan baik dengan memahami ideologi-ideologi besar dengan melihat terus pada pensenjarahanya, penulis turut member gambaran bagaimana yang dikatakn ideologi yang memaksa dan bagaimana pula ideologi yang berbentuk mengajak/ menyeru.

            Menurut pwnulis apa yang dikatakan ideologi yang memaksa adalah apa yang di lakukan oleh Raja Firaun, Rja Nebu Kadnezar, Kaisar Nero, Hulugukhan, Timur Lenk, Hitler, Musolini, Lenin dan Mao Ze Dhong dimana pada awalnya member kesan namun diakhiri dengan kesangsian. Manakala apa yang di katakana ideologi mengajak/ menyeru adalah berbentuk piagam madinah, renaisans dan kebanyakan ideologi ini adalah berbentuk ideologi agama yang menyeru masyarakat untuk mengikutinya.

            Seterusnya penulis juga memperkembangkan lagi tulisannya dengan member penjelasan umum mengikut setiap ideologi yang timbul hingga membawa kepada peradaban barat kini. Yang dimulakan dengan liberal-kapitalis di ikuti sosialis komunis dan islam sebagai ideologi dan tercetusnya politik globalisasi barat. Di akhir buku ini dapat dilihat penulisan penulis ini berfokuskan kepada bagaiman Islam berjaya yang menjadi ancaman kepada kuasa barat, beliau juga turut melihat agama sebagai gerakan pembebasan umat islam dunia dengan alasan agama memiliki dua fungsi utama, pertama bersifat nyata (manifest) iaitu memberi makna kepada kehidupan, membentuk kumuniti dan menjaga kebersamaan masyarakat serta keaman rakayat manakala fungsi kedua adalah bersifat tersembunyi (laten) membebaskan dan berbentuk kesedaran pada masyarakat yang menjaga keharmoninay dalam bermasyarakat.

            Kelemahan yang diperhatikan dalam buku tulisan Dr. Firdaus Syam ini adalah daripada penjelasan yang secara umum dan tidak khusus, terdapat sesetengah perkara di terangkan dengan agak samar-samar dan tidak jelas. Penekanan di bahagian akhir perbincangan yang menitik beratkan bahawa islam adalah musuh dan ancaman kepada barat sememangnya benar akan tetapi penulis lupa dalam arus kemajuan globalisasi kini china turut menjadi ancaman kepada kuasa besar barat dari segi ekonomi, penulis kurang menitik beratkan sektor ekonomi, seperti yang di ketahui ekonomi juga merupakan suatu elemen yang penting dalam seebuah negara, ideologi perkembangan politik juga memerlukan dan bersaling kaitan dengan ekonomi negara tersebut. Dalam keadaan ini, penulis berangapan bahawa islam ancaman kepada barat tetapi penulis lupa bahawa China juga merupakan ancaman kepada barat. Bukti- bukti dapat dilihat dengan jelas dalam perluasan pasaran barangan china berbanding baranga barat keadaan ini sedikit sebanyak akan member kesan kepada barat bukan sahaja dari segi ekonomi malahan juga dari segi politiknya.

            China mula membangun semenjak tahun 1978 melalui pengkembangan sains dan teknologinya yang didorong oleh kepentingan ketenteraan. Pembangunan ini bermula sejak zaman pemerintahan Mao. Mao menginginkan pembangunan ketenteraan yang kuat mengatasi segala-galanya. Projek ketenteraan inilah yang menjadi tulang belakang dasar Deng Xiao Ping. Tujuan Deng adalah untuk mempelbagaikan ekonomi China yang bukan hanya tertumpu pada sektor pertahanan, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum. Konsep Deng yang mengandungi 16 garis panduan pada  awal 1980-an dengan jelas menegaskan, iaitu untuk mengintergrasikan pertumbuhan sektor ketenteraan dan rakyat awam dengan memastikan keperluan ketenteraan dipenuhi, mempertahankan kemampuan ketenteraan, dan menggunakan ekonomi awam dalam usaha memodenkan ketenteraan.

            Sebelum ini, China telah menerapkan sistem ekonomi terpimpin ala Soviet (Rusia) yang terbukti gagal. Kemudian Deng menggunakan pula sistem ekonomi yang berorientasikan pasaran, terutamanya pada Zon Ekonomi Khas yang terletak di bandar Guang dong, Fujian, dan Hainan. Hasilnya sungguh luar biasa. China telah berubah ekonominya secara radikal daripada pengeksport komoditi bermutu rendah menjadi komoditi berteknologi tinggi. Negara ini berubah daripada ekonomi yang terkebelakang menjadi pusat pengekspot kelas dunia. Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003.).

            Kini nilai ekspot China melebihi satu trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas negara-negara barat. Sejak tahun 1978, China telah mengubah ekonominya daripada model ekonomi terpimpin ala Soviet menuju ekonomi yang berorientasikan  pasaran yang dikuasai oleh Parti Komunis China. Sistem ini disebut sebagai ‘Sosialisme Bersifat China’ dan ia merupakan sistem ekonomi campuran. Reformasi yang bermula sejak tahun 1978 ini telah mengangkat status  jutaan manusia daripada paras kemiskinan, dengan menurunkan kadar kemiskinan sehingga 53% daripada populasi negara tersebut pada tahun 1981 dan 8% pada tahun 2001.

            China pada waktu ini setanding dengan barat di dalam ekonomi yang menyebabkan timbulnya pertengkaran perdagangan di antara mereka. Barat telah menetapkan batasan terhadap barangan import dari China dan kini China berada dalam kedudukan sebagai objek dari kejadian WTO (World Trade Organisation) melalui amalan anti-persaingan. Bagi Barat, China merupakan ancaman di Asia Tenggara. Oleh itu, Barat ingin menghadkan cita-cita politik China. Pada masa yang sama, Barat ingin menguasai pasaran dalaman China yang bernilai 1.4 trilion dolar. Model pembangunan China membuktikan bahawa negara manapun akan mampu untuk berkembang ke arah mana yang dikehendakinya.

            Saranan dan cadangan untuk buku ini agar skop perbincangan yang ingin diperkembangkan haruslah melihat dari perlbagai perspektif dan daripada pelbagai sudut pandangan agar dapatan kajian yang diperolehi dapat menjadi suatu bentuk ilmu baru dalam dunia keilmuan. Jika bercakap tentang politik barat banyak factor-faktor yang mendorong kearah perkembangannya, walaupun kajian berfokuskan pada politik barat namun faktor-faktor lain juga perlu dilihat untuk menghasilkan suatu karya yang bermutu tinggi.  Dalam keadaan ini penulis seharusnya melihat perkembangan pemikiran politik barat ini bukan sahaja dari segi sejarah, falsafah, ideologi dan pengaruh namun harus juga dilihat melalui faktor-faktor lain umpamanya autoriti, ekonomi dan struktur negara tersebut dimana sedikit sebanyak memberikan pengaruh pada pemikiran mereka. Teori-teori yang berkaitan haruslah diberi penjelasan dengan lebih berkesan dan diwujudkan bab-babnya tersendiri agar dapat difahami dengan lebih jelas, terdapat banyak teori-teori berkaitan politik yang boleh diketengahkan bagi menjelaskan lagi secara terperinci berkaitan rentetan sejarah sebenar ilmu politik tersebut. Dengan pengaplikasian teori-teori yang ada buku ini akan mampu menjai penyumbang ilmu yang baik kepada pembaca secara langsung boleh dijadikan teks rujukan asas bagi krusus-krusus yang berkaitan politik kerana mempunyai kerangka asas yang lengkap.

Rujukan

Firdaus Syam. 2007. Pemikiran Politik Barat Sejarah, Filsafat, Ideologi, dan Pengaruhnya Terhadao Dunia Ke-3. Jakarta: PT Bumi Aksara.